MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ KALI KE-4
Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar
الحمد لله رب العالمين
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas limpah rahmat dan kurnia-Nya,
Majlis Konvokesyen Huffaz Kali ke-4 Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan kemeriahan.
Majlis gilang-gemilang ini telah meraikan para huffaz yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dari tahun 2020 hingga tahun 2025, simbol kejayaan hasil usaha gigih para pelajar, guru, dan doa berterusan daripada ibu bapa.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
Yang Berbahagia Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atas kesudian hadir merasmikan majlis, barisan guru, ibu bapa, penjaga, dan seluruh urusetia serta tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan majlis dari awal hingga akhir.
Semoga setiap usaha dan pengorbanan menjadi amal soleh dan pahala jariah di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Teruskan doa dan sokongan anda agar Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar terus melahirkan generasi huffaz berakhlak, berilmu dan beramal.